Rakusnya manusia yang bernama peragut !


Poster ini berbeza daripada poster-poster sebelum ini.Perbezaan yang terdapat dalam poster ini adalah kami menggunakan imej-imej  yang lebih tersirat seperti helang,tangan dan penggunaan warna merah.

     Imej helang yang digunakan untuk menunjukkan sikap peragut yang bersifat rakus yang lebih sinonim dengan maksud ragut itu sendiri.Helang itu digelapkan untuk menunjukkan kejahatan dan kekejaman peragut terhadap mangsanya sebagaimana peragut meragut mangsanya.

     Tangan pula melambangkan mangsa.Tangan digabungkan kerana ingin menunjukkan ramainya orang yang menjadi mangsa ragut.Terdapat warna merah dan gelap pada imej tangan tersebut kerana ingin  menunjukkan kesan daripada ragut yang kebanyakannya berakhir dengan kesengsaraan.
       Nombor 14 membawa maksud hukuman penjara yang bakal dikenakan kepada peragut.Warna merah digunakan pada nombor ini untuk menunjukkan emosi orang ramai terhadap keberkesanan hukuman yang dikenakan.Nombor 14 dan helang digabungkan ditengah-tengah bulatan untuk menegaskan peragut harus dihukum dengan HUKUMAN YANG LEBIH BERAT !
 
        Slogan 'Harapan Musnah' digunakan untuk menunjukkan punahnya harapan peragut dan juga mangsa ragut.Hal ini disebabkan peragut terpaksa meringkuk di dalam penjara dan mangsa pula terpaksa menerima kesengsaraan sepanjang hidup seperti lumpuh,koma dan juga kematian.Perkara-perkara ini boleh menyebabkan kebahagiaan di dalam sesebuah institusi keluarga MUSNAH!

6 comments:

dea said...

blh jelaskn lg x mksd latar belakang trsbut....
hrp musnah apa???

boyan_rock said...

dalam huraian kamu no 14 itu merupakn hukuman penjara yang akan dikenakn terhadap sesiapa yang meragut...namun saya tidak jelas dengan berapa lama sebenarnya tempoh bagi hukuman tersebut...adakah 14 hari @ 14 mgu @ 14 bulan @ 14 tahun???

art students said...

Salam:mnjwab pada prtnyaan dea,latar belakang itu berimejkan mangsa ragut tersebut.Kami telah buat dalam huraian kami bwah poster trsebut.

salam:mnjawab pertnyaan boyan rock:Angka 14 itu adalah 14 tahun.Angka itu telah kami jelaskan dalam poster setrusnya.

Tq untuk komen di berikan.

suci said...

din...aku tak fham la poster ni..cam "tersirat" sngt..penin2

chect said...

da ok dia punye dsign tp helang tu mcm nampak pelik je...lgpun poster tu xtulis pun pasal ragut..mcm mn masarakat nak tau tujuan n info ape y poster tu nk sampaikan....just nmpak tulis Harapa Musnah je..

ketuapolispahang said...

selamat bersahur kpd smua geng ragut... sehingga hari ini jenayah ragut tidak dapat dibanteras, adakah kadar PERAGUT semakin meningkat @ mungkin polis tidak cekap...di sini saya berharap poster blog anda dapat menyelesaikan masalah ini.. insyaallah

Post a Comment