Rakusnya manusia yang bernama peragut !


Poster ini berbeza daripada poster-poster sebelum ini.Perbezaan yang terdapat dalam poster ini adalah kami menggunakan imej-imej  yang lebih tersirat seperti helang,tangan dan penggunaan warna merah.

     Imej helang yang digunakan untuk menunjukkan sikap peragut yang bersifat rakus yang lebih sinonim dengan maksud ragut itu sendiri.Helang itu digelapkan untuk menunjukkan kejahatan dan kekejaman peragut terhadap mangsanya sebagaimana peragut meragut mangsanya.

     Tangan pula melambangkan mangsa.Tangan digabungkan kerana ingin menunjukkan ramainya orang yang menjadi mangsa ragut.Terdapat warna merah dan gelap pada imej tangan tersebut kerana ingin  menunjukkan kesan daripada ragut yang kebanyakannya berakhir dengan kesengsaraan.
       Nombor 14 membawa maksud hukuman penjara yang bakal dikenakan kepada peragut.Warna merah digunakan pada nombor ini untuk menunjukkan emosi orang ramai terhadap keberkesanan hukuman yang dikenakan.Nombor 14 dan helang digabungkan ditengah-tengah bulatan untuk menegaskan peragut harus dihukum dengan HUKUMAN YANG LEBIH BERAT !
 
        Slogan 'Harapan Musnah' digunakan untuk menunjukkan punahnya harapan peragut dan juga mangsa ragut.Hal ini disebabkan peragut terpaksa meringkuk di dalam penjara dan mangsa pula terpaksa menerima kesengsaraan sepanjang hidup seperti lumpuh,koma dan juga kematian.Perkara-perkara ini boleh menyebabkan kebahagiaan di dalam sesebuah institusi keluarga MUSNAH!

Hapuskan PE-RAGUT !!


Latar belakang yang digunakan dalam poster ini adalah kesan-kesan daripada ragut. Kesan daripada perbuatan itu, mangsa mengalami kecelakaan seperti koma, cedera parah, dan terdapat juga mangsa yang meninggal dunia. Selain itu, kebanyakan mangsa ragut juga mengalami trauma akibat perbuatan tersebut.

Kami menggunakan slogan "Hapuskan Peragut". Perkataan "pe-ragut" dipisahkan kerana kami ingin lebih menegaskan perbuatan ragut itu sendiri. Perbuatan ini tidak berperikemanusiaan dan perlu dihapuskan sehingga ke akar umbinya.Tanda palang bulat pula bermaksud menghapuskan ragut secara HABIS-HABISAN !! 

Jenayah Ragut



Poster ini bertemakan jenayah ragut yang semakin berleluasa. Ragut membawa maksud menarik ( menyentak, mencabut ) secara paksa atau dengan kekuatan.
Kami menggunakan warna kontra iaitu gelap dan cerah sebagai latar belakang. Warna gelap digunakan untuk menunjukkan kekejaman peragut terhadap mangsanya. Hal ini disebabkan, kebanyakan kes ragut melibatkan kematian. Warna cerah pula digunakan untuk menegaskan isu ragut.
Angka 14 digunakan untuk melambangkan hukuman penjara selama 14 tahun yang dikenakan terhadap peragut. Selain itu, angka 14 juga memberi persoalan kepada masyarakat tentang keberkesanan hukuman tersebut dalam memberi kesedaran dan pengajaran. Angka 14 ini disamarkan kerana ingin menyatakan tentang kurangnya pengetahuan orang ramai terhadap hukuman ragut. Angka 14 digelapkan untuk memberi gambaran kepada masyarakat bahawa hukuman ini tidak memberi kesan kepada peragut.
Poster ini menggunakan tema 'bersama membanteras peragut'.Tulisan ini membawa maksud semua masyarakat tidak kira tua dan muda perlu bekerjasama dalam membanteras peragut.Selain itu, tulisan merupakan bahasa utama dalam berkomunikasi antara manusia, hitam membawa maksud kegelapan, jahat, dan tidak berharapan, tulisan "bersama membanteras peragut" dihitamkan adalah untuk menunjukkan manusia yang melakukan perbuatan sebegitu adalah manusia yang tidak bermoral dan hati busuk.
Kami memilih tema "bersama membanteras peragut" kerana kami ingin menegaskan bahawa tanggungjawab membanteras jenayah bukan hanya terletak pada pihak berkuasa tetapi juga kepada semua masyarakat.